all is wrong...

... sipakah aku sebenarnya?? adakah aku berbeza dari semua manusia2 d muka bumi ini???
apa yg saya buat semuanya xble... salah... d salahkan erti... berbeza kah saya nie?? salah ka saya nak merajuk?? mengadu?? jalan?? semuala... salah ker?? 
aku sakit... xda sapa pun kisah... kmu sakit... semua org kisah... perasaan kmu sedih kecewa semua org kisah... aku?? no one care! mcm2 kmu ckp... ungkit mcm2... tp aku hny mampu berdiam... tp bila aku berdiam... d salah ertikn... why?? 
mungkin aku perlu lari dari hidup kmu... ilang dari pandangan kmu... tp ada ka masa 2 kmu mencari aku?? atau kah kmu akan merasa lebih bahagia bila ketiadaan ku?? owh... suda semestinya kan.. sbb selama ini aku bersama kmu... kmu xpernah kisahkan apa pun tntg aku... kmu lupa aku jgk punya hati dan perasaan mcm kmu... kemahuan mcm kmu... rasa mcm kmu... ahh... xda guna lg... lebih baik aku menjauh... supaya tidak menyusahkan kmu... terima kasih semuanya.... :'(





terima kasih kerana sudi membaca :)

hati kecewa

Setelah semua d rancang... d plan bgs2... tiba2 jd g2...
rs semuanya mcm sia2... rasa mcm diri nie di permainkan...!

pernah x korg yg da brtungkus lumus buat e2 ini... tiba2 benda 2 xjadi...
mesti rasa bengang kan?? sakit hati kecewa semua... hmmm...
dah la saat2 yg paling aku xsbr nantikan...

aduhh... sabar la duhai hati... 

p/s: hanya mampu bersabar dn berdoa... :'(


terima kasih kerana sudi membaca :)

~Doa Buat mu~


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah di luar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu ke atasku, maka di saat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindungilah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. 

Ya Allah... 
Aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. 

Ya Allah...
Aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman buat dia mencari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. 

Ya Allah…
Jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. 

Ya Allah… 
Jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakkal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Amin, ya Rabbal 'Alamin..



~semoga Allah mencabut kesakitan dari diri mu bersama gugurnya dosa2 lalu... aaamiiinnn 
p/s: bt c dia yg sntiasa d sygi...semoga cepat sembuh! ^_^



terima kasih kerana sudi membaca :)

~jiwa yg Cantik :)


Melukis KEKUATAN
melalui
MUSIBAH DAN UJIAN
Mengukir SENYUMAN
dikala saat jiwa di himpit
RESAH DAN KESAYUAN
Sentiasa TERTAWA
saat hati sedang
MENANGIS PILU DI JIWA
Terus TABAH
dan istiqomah di saat diri
DIHINA PENUH GUNDAH
Akhlak MEMPERSONA
kerana sifat
KEMAAFANNYA
Terus MENGASIHI
tanpa mengharap
BALASAN INSANI
Bertambah KUAT
dalam setiap doanya mengharap
REDHA TUHAN YANG ESA..




terima kasih kerana sudi membaca :)

~ Tak Sempurna ~


~..Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik..

Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan? 

Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak..~


p/s: no body perfact! k :)




                                                                                                                 
                                                                                                                   

terima kasih kerana sudi membaca :)

Happy 55th Merdeka! ^^


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
(cehh...semanagt pulok...:P)

~ Merdeka bagi kwn2 apa ya??
. . .ermm...bg cik nora merdeka is - 
"memerdekakan diri daripada penjajahan manusia untuk terus menjadi hamba kepada Allah."
. . apa2 pun. . .syukur-Alhamdulillah d atas kurnianNYA ini...^^


Happy 55th Merdeka!
(May peace and prosperity we have achieved lives on)






terima kasih kerana sudi membaca :)

Aidilfitri tiba lg... syukur ^^

Just want to say...


FORGIVE ALL MY MISTAKES I MIGHT HAVE DONE TO ANY OF YOU,PLEASE PLEASE BE GENEROUS AND WONDERFUL. MAY ALLAH BLESS OUR DAYS AHEAD . SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
p/s: .... sy rindu pd RAMADHAN... :'(



terima kasih kerana sudi membaca :)

Listen2Quran




~*Cik Nora*~ Copyright © 2010 Designed by Rinda's Template Inspired by Ipietoon Author by Your Name's Here :)