Cinta Cik Nora


Bismillahirrahmanirrahim…

  • Tanda cinta itu…
  • Tanda mencintai Allah … mencintai al-Quran
  • Tanda mencintai Allah dan al-Quran… mencintai kekasih-Nya, Muhammad S.A.W.
  • Tanda mencintai kekasih-Nya … mencintai Sunnah
  • Tanda mencintai Sunnah … mencintai Akhirat
  • Tanda mencintai Akhirat … memarahi dunia
  • Tanda memarahi dunia itu … tidak mengambil daripadanya selain perbekalan dan apa-apa yang memadai untuk kehidupan di akhirat..( Sahl R.A. )
Ya Allah..

Bergenang air mata tika ini, aku rindu padaMu ya Allah, rindu untuk bertamu di rumahMu, rindu untuk sujud dalam syahdu dalam masa hanya antara aku dan Engkau, rindukan waktu2 bersamaMu Ya Allah, aku rindu pada ukhwah yang mengajak aku ke jalanMu, aku rindu pada majlis-majlis ilmu yang bisa menggetarkan jiwaku tatkala mengenangkanmu Ya Allah, aku terlalu rindu Ya Allah.

Ya Allah ...

jika suatu ketika dulu hatiku pernah terisi dengan cinta palsu, kini hati ini telah aku kosongkan untuk mengisi cinta yang hanya untukMu, tiada lagi cinta "si dia" yang mahu aku tadahkan tetapi hanya cintaMu kini yang ingin ku cari, biar sesak nafasku kerana haruman wangian cintaMu, biarlah terasa lelah dalam mengejar kasihMu asal hatiku hanya ada Engkau ya Allah, biar manusia memandang sepi padaku namun jangan Engkau melewati hari-hariku tanpa cintaMu padaku, aku pernah bergelar insan hina yang tertipu dengan cinta duniawi, hari-hari yang dilalui kini hanya mengharapkan rahmat keampunan dan redha di sisiMu, maka ampunilah daku Ya Allah, ampunilah segala dosa yang membelenggu jiwaku agar aku tenang menggapai redhaMu.

Saat dan tika ini, telah ku kunci pintu hati ini untuk terpaut pada cinta sang rijal, aku redha dengan jalan pilihanku Ya Allah, ku pohon Kau tegarkanlah langkah ku pada denai yang ku susuri demi hanya kerana redhaMu, aku bahagia melepaskannya pergi dan aku lebih bahagia untuk menyambut salam cinta dariMu, pintu yang telah dikunci itu telah terkatup kemas dan gugusan kuncinya jua telah aku kembalikan kepadaMu, andai ada yang mahu membukanya biarlah insan itu menuntut dariMu, aku bukan milik sesiapa, bukan milik waliku tetapi aku adalah milikMu, maka biarlah aku berserah kepada siapa yang Engkau menetapkan bakal memiliki kunci itu sebelum dipulangkan kembali kepadaMu, andai aku mati sebelum ku temui pemilik sementara kunci itu izinkan aku mati dalam dakapan cintaMu, izinkan aku mati dalam ribaan kasihMu.

Ya Allah ...

aku mungkin masih belum sempurna untuk syahid sebagai kekasihMu, masih banyak dosa dan kesilapan yang harus aku tebus, masih ada tari langkahku yang songsang dalam mencari redha di sisiMu, maka berikanlah aku kekuatan untuk menelusuri denai buat meneroka taman indah terhias cinta yang tulus ikhlas hanya padaMu, berikanlah aku kekuatan untuk terus ampuh mencari cahaya dalam kegelapan yang bukan ku pinta, tautkanlah hatiku untuk suatu kembara mencari erti cinta hakiki agar mampu aku genggam impian sekeping hati ....

perkenanlah ya Allah... sungguh Kau tempat pergantungan terbaik untuk hamba-hambaMU...

dengarlah munajat cintaku ya Ilahi…






terima kasih kerana sudi membaca :)

~Bismillahi ar-rahman ar-rahim~

~Bismillahi ar-rahman ar-rahim~ 

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… 

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan…. 

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya… 

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini… 

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… =_=
amin3 ya Rabbul'alamin...


Cik Nora


terima kasih kerana sudi membaca :)

Diambang Rindu...



Di pagi yang kelam,

Ku tersedar dalam cahaya,
Lantas memori indah mengimbau,
Disaat itu,
Rindu kian memuncak,
Pada insan bernama kekasih.

Ya Allah...
Jangan jadikan kerinduan ini satu kelalaian,
Jangan jadikan kerinduan ini satu kealpaan,
Jangan jadikan kerinduan ini...
Meragut kerinduan utama padaMu dan ar-Rasul.

Sesungguhnya Ya Rahman...
Engkau mengetahui hati-hati hambaMu yang merindu,
Merindu pada insan yang tidak pasti,
Namun dia adalah harapan,
Kerana kami pernah mengukir janji,
Menaruh rasa rindu kami,
Menahan rasa rindu kini,
Yang ada hanya rindu padaMu, Sang Pencipta rindu,
Hingga tiba saatnya,
Rindu yang halal itu milik kami...

Maka Ya Rahman...
Teguhkan hati dan jiwa kami yang sedang merindu,
Jangan biarkan rindu itu mekar dan terus berbunga,
Mematuk dan terus menular bisanya,
Hingga bisa menjadi nanah merbahaya,
Dibuai angan dan mimpi yang tidak berkesudahan,
Kerana,
Semuanya tiada erti tanpa redhaMu,
Ya Rabbi...


terima kasih kerana sudi membaca :)

andai masih ada rindu



Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..

Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah..

Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..

Amin....=__=

terima kasih kerana sudi membaca :)

salam...salam...salam...

assalamualaikum wbt....
jeng! jeng! blog br lg... :P 
apa jd ngn blog lama?? cik nora p0n xtaw...hu3...
tunggu entry trbaru dr cik nora ya...m0 kasi cantek3 dlu...:) hehe..
k dada smpy ketemu lg di entry terbaru ya...^__________^

terima kasih kerana sudi membaca :)

Listen2Quran




~*Cik Nora*~ Copyright © 2010 Designed by Rinda's Template Inspired by Ipietoon Author by Your Name's Here :)