...ingin ku bertanya ble??...:'(


Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya hanya puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku

Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang sama dgn kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di sana tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu pujaan hati ku...

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...



terima kasih kerana sudi membaca :)

...Hancur Hatiku...




Di dalam keheningan malam
Terasa hampa dan menusuk jiwa
Kehadiran dan kehangatan dari cinta tulusmu
Telah bersihkan hatiku yang berlumur
Tawa manis bulan mewakili indahnya hatiku
Tapi kini semua hancur diterpa badai
Cinta hanyalah sebuah noda
Kesakitan yang kini kurasa, telah membuatnya tersenyum
Kerlipan bintang seakan menertawakanku…
Menertawakan kehancuran hatiku, kesedihanku, dan semuanya…
Apalah erti sebuah nama
Apabila hanya bisa disakiti
Nama yang awalnya terukir indah di dalam hati
Sekarang hanyalah menjadi noda yang mongering
Tak ada dayaku untuk melawan takdir cinta..
Cinta hanyalah sebuah darah yang sangat merah di hati
Namun jika semua ini membuatnya bahagia
Aku rela…aku rela tersakiti jika itu membuatmu bahagia cinta…
Sekali lagi pengorbanan e2 milik ku...:'(




terima kasih kerana sudi membaca :)

...ku menagis... :'(



I Cry...

I cry silently
I cry inside of me
I cry hopelessly
Cause I know I'll never breathe your love again

Hari nie terasa kosong, sangat-sangat kontang...
Semerta dada terus berombak...
Mata semakin pijar, bagai dicucuk-cucuk...
Lantas tanpa mampu diseka, mengalir juga...
Hangat membasahi pipi...

p/s: I cry cause you're not here with me...n you're not mine :'(....bilakah ini semua akn beakhir...ya Allah...berikan hamba kekuatan dlm setiap ketentuan MU... amin...^^
jiwa terasa siksa saat ini...:'( :'( :'(


terima kasih kerana sudi membaca :)

...cinta bukan milik kita :'(



Saat mentari terbenam menjingga
Cinta kita pudar warnanya
Semarak bara tanpa jelaga
Gugur kasih buat selamanya

Mungkin bukan jodoh bersama
Walau sekuat cinta diikat
Tak mungkin berdua selama-lama
Akurlah sayang terima hakikat

Ingatkan janji sehidup semati
Menyulam rasa bertekad kata
Setianya cinta memahat hati
Relai luka melirik buta

Kini redha terima segala
Pengabdian kasih berakhir derita
Qada qadar Allah taala
Cinta bukan milik kita…


terima kasih kerana sudi membaca :)

~~ Special 4 u My fRienD ~~


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Asslamualaikum


Hari ini, tanggal 12/11/2011 , genap usia ke 24 seorang sahabat saya, Nurainum Binti Basalun . Tika ini, saya sangat merindui dia.. (ceh3.. ). Rasa kasih dan sayang menyelubungi segenap hati, mungkin ini yang dinamakan ukhuwah kerana Allah..indahnya persahabatan tidak dapat diungkap dengan kata-kata, dek ia kemas tersimpan di dalam hati yang Allah redhai.. insyaAllah... (ceh...kata2 2 bha...mesti c laling ketawa2 baca nie hik3..;p)

Untuk Nurainum Yang Tersayang..
Epun doakan ling sentiasa Allah lindungi,
Gunakan umurmu sebaik2nya,
Lengkapkan ia dengan iman dan cinta kasih terhadap Allah s.w.t..
Kerana itulah cinta yang sebenar-benarnya.
Kudoakan jua agar dirimu tetap tabah dan kuat,
Menghadapi segala mehnah dan cabaran mendatang.
Semoga dirimu Allah jadikan seindah2 peribadi wanita,
seperti serikandi-serikandi Islam semulia Khadijah, Aishah dan Fatimah.
Semoga dirimu menjadi bidadari secantik Ainul Mardhiah,
Menghiasi dunia dan taman syurgawi yang hakiki.


UKHUWAH yang terbina bersama..
takkan pernah untuk di lupa..
tak terlintas untuk dibiarkan begitu saja..
malah,
tak sanggup untuk membiarkan ianya menyepi walaupun hanya seketika..
di dalamnya ada gelak ketawa..
penuh dengan gurauan senda..
terselit juga sedih duka..
namun,
semua itu takkan mampu untuk kita ulangi kembali..
semua yang berlalu,
biarkan saja ia berlalu pergi..
tapi,
sentiasalah sematkan ukhuwah itu dihati..
doa tak putus² sesama diri..
peringatan demi peringatan sentiasa diberi...
kerana kita berukhuwah bukan kerana duniawi..
tapi kerana ukhrawi..
yang kita sandarkan semuanya pada Illahi...


Hati hanya bisa mencintai untuk sementara waktu...
kaki hanya bisa melangkah bebrapa milimeter...
tetapi memiliki mu sebagai saudara di jalan Allah...
adalah kebahagian dunia dan akhirat...


P/s: INGAT!! Umur e2 amanah
akan di tanya kemana ia di gunakan...
syukurilah nikmat umur yang di berikan...:)

Salam Kasih.. ;-)
~CikNora~














terima kasih kerana sudi membaca :)

~~salam aidiladha~~

Assalamualaikum 

....Di kesempatan ini CikNora nk ucapkan selamat menyambut hari raya korban...semoga raya kali ini membawa 1001 makana dalam hidup kita dalam mencari redha Ilahi. diharapkan kita semua mampu memahami erti pengorbanan sebenar dan sanggup berkorban untuk menuju ke arah kebaikan. Kepada yang mengerjakan haji di Mekah, semoga mendapat haji yang mabrul. amin (^_^)...(maaf lmt cikit nk wish...hik3)
....dan Alhamdulillah...syukur kehardat Ilahi sbb dgn limpah kurniany majlis kenduri aruah bapa yg ke-100 berjalan dgn lancar...semoga roh bp di tempatkan di kalangan org2 yg brIman d ccNYA amin44x...skrg CikNora brasa sngt letih...lenguh2 semua bdn nih...rs nk demam pla...hu3...arap2 la x...sbb bnyk benda lg mau d siapkn...hu3...

(pic saja2 mau interframe ;p)

....rsny smpy cini jak la dlu...CikNora nk take a rest! letih sangat2...hu3... 
"Ya ALLAH ya tuhan ku...lindungila hamba MU ini...dr segala dosa yg telah hamba perbuat...dalam sedar atau tidak...berilah hamba kekuatan dn kesabaran dlm menempuhi segala ketentuan MU...seseungguhny ENGKAU maha mengetahui apa yg kmi xketahui...syukur di atas segala nikmat MU ya RABB.... amin3 ya rabbalalamin..." 

sekian wassalam...
CikNora

terima kasih kerana sudi membaca :)

~~Bicara Hati~~

salam kasih...

ini bicara tentang hati.
ada sedikit emosi.
harap ia tidak mengapa.
kerana ini blog aku yang punya. 


ada perasaan sedih tertanam dalam hati ini.
yang aku palsukan dengan senyuman manis dibibir.
tapi kadang kala hati tak dapat menanggung lagi.
dan air mata bisa mengalir dari pipi.
Ya Allah,

kuat dan tabahkan hatiku.
moga ada hikmah di sebalik liku liku.
lupakan aku dengan kenangan lalu.
agar tidak menjadi sendu.
Amiinnn..^_^

wassalam...
CikNora


terima kasih kerana sudi membaca :)

Listen2Quran




~*Cik Nora*~ Copyright © 2010 Designed by Rinda's Template Inspired by Ipietoon Author by Your Name's Here :)